..AUNI dan AKRAM..

..AUNI dan AKRAM..
gmbaq ni dia sent kt aku taun lepas..aku msih simpan lg..

13 January 2011

Kehendak Gadis

 ASSALAMUALAIKUM...


     Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa saya menulis tajuk seperti ini kan? Tajuk ini ditulis agar dapat dikongsi bersama kaum lelaki untuk dijadikan sebagai tips agar lebih peka terhadap kehendak si gadis. Tips ini berdasarkan daripada pengalaman saya sendiri kerana saya juga seorang gadis.


     Setiap gadis mengidamkan pasangan yang lebih sempurna. Gadis hari ini ternyata lebih teliti dalam memilih pasangan hidup. Ramai lelaki yang mengatakan bahawa gadis sekarang begitu cerewet untuk membuat pilihan. Hakikatnya, mungkin dengan cara ini si gadis dapat membentuk si jejaka agar lebih menghargai gadis. ada kalanya si gadis meragam, jejaka jangan melenting dan bertindak mengikut emosi. Di sini saya ingin berkongsi tips dengan para jejaka agar lebih peka dengan "kehendak si gadis dalam mencari erti cinta sejati"..




1. PERHATIAN:
     Perhatian yang dimaksudkan ialah rasa tanggungjawab yang perlu ada dalam diri. Elakkan daripada memerhatikan setiap gerak gerinya kerana ianya menyebabkan gadis menjadi rimas dan mudah bosan.


2. MELINDUNGI:
     Sebagai seorang gadis, sememangnya mereka memerlukan perlindungan daripada lelaki. Malah lelaki jangan ambil endah tentang keselamatan si gadis.


3. KASIH SAYANG:
     Kasih sayang sememangnya tercipta sejak azali lagi. Mungkin caranya berbeza tetapi kesinambungannya perlu selari untuk menjadikan kasih sayang terjalin dengan indah. Letakkan kasih dan sayang kepada keikhlasan terhadapnya.


4. KESETIAAN:
     Tidak semua pasangan kekasih mempunyai kesetiaan 100%, kerana hal ini berbalik kepada hati dan niat masing-masing. Kepada lelaki, jangan terus menjadi buaya darat yang sentiasa mencari mangsanya. Berhentilah daripada terus melukai hati dan perasaan si gadis.


5. MENERIMA SEADANYA:
     Tidak semua orang sempurna di dunia ini. Tetapi apa yang pasti, sifat menerima seadanya itu sangat penting bagi seorang gadis dalam menilai cinta seorang lelaki terhadap dirinya. Walau bagaimanapun, kehendak si gadis hanya satu iaitu mereka mahu diterima seadanya oleh pasangannya. Apa yang penting ialah keikhlasan mencintainya dan bukan kerana rupa paras.


6. SOKONGAN:
     Sokongan yang padu amat penting dalam sesebuah perhubungan. Jika kamu tahu minat dan cita-cita teman wanitamu, jangan menghalang malah berikan kebebasan kepada si dia untuk membuat keputusan dan merealisasikan cita-citanya. Setiap perkataan yang kamu cuba katakan akan memberikan semangat buatnya untuk terus maju dan mencintai dirimu.


7. MAHU DIPUJUK:
     Ada yang mengatakan bahawa gadis agak 'mengada-ngada' ketika merajuk. Hal ini berlaku kerana si gadis mahukan pujukan daripada seorang lelaki. Malah pujukan itu perlulah ikhlas dan datang daripada hati.


8. KEJUTAN:
     Setiap gadis impikan kejutan dari teman lelakinya. Kejutan ini bukan bermakna kamu perlu menyembunyikan sesuatu dan jangan buat si gadis tertanya-tanya, maklumlah tidak senang duduk dibuatnya. Cuba lakukan kejutan yang menggamit kenangan indah ketika bersama dahulu dan berikan sesuatu yang manis kepadanya seperti kek, coklat, aiskrim atau sebagainya. Ini akan membuatkan si dia merasakan 'betapa manisnya dia dimata kamu'.


9. MANJA:
     Mungkin tidak semua gadis bersifat manja. Namun, sifat ini sememangnya subjektif dengan gadis. Walaupun pada zahirnya ada segelintir gadis yang tidak dapat menunjukkan sifat itu di hadapanmu. Lelaki perlu tahu bahawa si gadis idamkan sesuatu yang manja dan boleh dikongsi bersama.




SEKIAN...WASSALAM....
(sekiranya ada yang saya tersalah taip..harap dimaafi..)

No comments:

Post a Comment